Little Deen — Bina Tadika Yang Ibu Bapa Kejar
دين
Bukan Untuk Semua Pengusaha

Bina tadika yang ibu bapa kejar
bukan tadika yang kejar ibu bapa.

Setiap pengusaha tadika bermula dengan impian besar. Tapi setelah beberapa tahun, ramai jadi buruh dalam cawangan sendiri. Little Deen wujud untuk ubah cerita itu. ekosistem yang holistik dan lengkap demi merealisasikan impian perjuangan pendidikan anda — tadika, tuisyen dan program 'special growth' — supaya tadika anda yang dipilih tanpa kompromi.

Little Deen Classroom
Aktiviti Pembelajaran Harian
Little Deen Education Programme
Tadika Premium Little Deen Enrichment Programme Individual Education Programme (IEP) Jenama Licensing HR & CRM System Sokongan pemasaran Eksklusif Teritori Tadika Premium Little Deen Enrichment Programme Individual Education Programme (IEP) Jenama Licensing HR & CRM System
01 Realiti Pengusaha Tadika

Penat bukan sebab kerja keras. Penat sebab semua kena buat sendiri.

Kami dah jumpa ratusan pengusaha tadika di Malaysia. Cerita yang sama berulang. Inilah cabaran dan perangkap yang Little Deen akan bantu selesaikan, InsyaAllah.

01

Kurikulum yang lemah

Tiada Kurikulum berstruktur untuk Islamic learning. Setiap guru ajar cara sendiri. Ibu bapa tak nampak 'outcome' yang jelas. Tahun lepas dah belajar surah pendek — tahun ni tak ingat.

02

Ibu bapa makin 'demanding'

Anak tak boleh baca jawi, parent komplen. Anak tak hafal doa, parent compare dengan tadika sebelah. Yuran naik sikit, parent terus pindah.

03

Susah cari dan 'retain' guru berkualiti

Cari guru 'qualified', susah. Bila dah jumpa, susah 'retain'. Setahun dua, mereka pergi. Setiap kali kena latih semula dari kosong.

04

Pemasaran yang tak konsisten

Premis gah tapi ramai tak tahu kewujudan. Tak tahu macam mana nak jalankan Facebook ads atau Google ads. Pelajar baru datang dari mulut ke mulut sahaja.

05

Tiada sistem yang sistematik

Organisasi dan syarikat memerlukan satu struktur dalaman yang tersusun dan sistematik. Macam mana nak berkembang kalau rekod dan pengurusan pun ke laut.

06

Owner jadi buruh dalam cawangan sendiri

Bermula dengan niat dan visi yang besar, namun tersangkut akhirnya sebab semua kena buat sendiri. Tak dapat nak merancang untuk tambahbaik modul pendidikan. Hari-hari survival mode je.

02 Tiga Program Lengkap

Satu ekosistem. Tiga aliran pendapatan. Satu visi.

Tidak seperti jenama lain yang hanya menawarkan program tadika, Little Deen membawa ekosistem lengkap — supaya cawangan anda boleh terus berjuang dalam setiap fasa perkembangan pendidikan anak.

i
PROGRAM 01

Little Deen Quranic English Preschool Programme

Modul Islamic Kurikulum berstruktur untuk umur 4–6 tahun. 'Outcome' yang jelas — anak beradab, memahami tadabbur ringkas, mengamalkan ibadah asas, baca Quran dan Jawi, insyaAllah.

  • Modul Mengaji, Menghafaz & Membaca lengkap
  • Latihan operasi dan pengurusan untuk guru dan pengusaha
  • Template operasi & pengurusan
  • SOP operasi & konsultasi
ii
PROGRAM 02

Little Deen Enrichment Programme (Tuition)

Kelas tuisyen 3M dan kemahiran motor untuk anak seawal usia 5 tahun ke atas. Kelas belajar Al Quran juga dapat membantu anak untuk berkeyakinan dalam membaca Al Quran dan menghafaz surah-surah dalam Juz Amma, insyaAllah.

  • BM, English, Math, Sains
  • Iqra', Al Quran & Jawi
  • Worksheet & past year compilation
  • Latihan tutor & sistem penilaian
Rare di Pasaran
iii
PROGRAM 03

Individual Education Programme (IEP)

Kita mempunyai pemantauan dari pakar terapi cara kerja untuk khidmat konsultasi dan pelatihan berpusat. Program 'Growth Learning' atau pelan pendidikan individu ini dapat membantu ramai pelajar daripada dibiarkan tanpa bantuan pendidikan yang sesuai.

  • Modul untuk slow learner
  • Modul speech delay Islamic approach
  • Anak special growth kids, GDD
  • Individual Education Plan (IEP)
03 Tiga Pilihan Pakej

Pelaburan Berbaloi-baloi. Legasi dunia akhirat.

Pilih pakej yang sesuai dengan visi dan modal anda. Pakej kami bukan hanya MODUL OPERASI, tapi jauh lebih penting adalah bimbingan berterusan MODUL PELATIHAN, MODUL PENGURUSAN, MODUL KEWANGAN dan BANYAK LAGI.

Pakej 01

Little Deen BASIC

from RM35,500
  • Hak guna jenama Little Deen
  • Kurikulum tadika lengkap
  • Latihan pengurusan & guru
  • Jenama guideline & kit pemasaran
  • Konsultasi setup
  • Sokongan Modul operasi, kewangan & HR tadika
  • Eksklusif 3–7km radius
Pilih Pakej Ini
Pakej 03

Little Deen ICON

from RM59,500
  • Semua dalam Pakej 01 dan 02
  • Individual Education Programme (IEP)
  • Modul Perkembangan Pendidikan
  • Latihan khusus untuk sesi bantuan terapi
  • Sistem IEP per murid
  • Sokongan Modul IEP, pelatihan dan sijil
Pilih Pakej Ini
04 Perbandingan dengan Pesaing

Sebab Little Deen berbeza dari semua jenama lain.

Kami tidak takut compare. Tengok sendiri perbezaan nilai modul, bimbingan fizikal, sokongan ilmu dan konsultasi sepanjang berada dalam jenama Little Deen Education Programme.

Nilai
Jenama Lain (Avg)
Little Deen
Modul Tadika
Ya
Ya, lengkap dengan Quranic English
Modul Tuisyen/Enrichment
Tidak ditawarkan
Termasuk (Pakej Midi)
Modul Perkembangan (IEP)
Tiada jenama offer
Termasuk (Pakej Icon)
HR Templat & Pelatihan
Charge extra
Termasuk
Finance Templat & Pelatihan
Charge extra
Termasuk
Yuran Lesen Permulaan
RM50K – RM80K
Dari RM35K
Royalti Bulanan
RM2K – RM5K
Tiada
Operasi Templat & SOP
Ada tetapi terhad
Termasuk (Semua Pakej)
Komitmen Kontrak
5 – 10 tahun
5 tahun
Bayaran Tahunan
RM6K – RM15K
RM8K – RM15K
05 Proses Partnership

Dari first "hello" sampai pembukaan cawangan.

Kami tidak rush. Setiap fasa adalah peluang untuk pastikan partnership ini betul untuk kedua-dua pihak. Tempoh dari first meeting sampai launch — antara 3 hingga 5 bulan.

i

Intro & Discovery Call

Kami berbual untuk faham latar belakang, visi, dan situasi anda. Tidak ada pitch. Hanya kenal-mengenali untuk pastikan kesesuaian.

ii

Qualification & Deep Dive

Sesi mendalam tentang modal, pengalaman, lokasi yang dipertimbangkan, dan pelan perancangan 1–5 tahun. Kami pastikan anda fit, anda pastikan kami sesuai.

iii

Proposal & Term Sheet

Tawaran formal dengan pilihan pakej, struktur pembayaran, eksklusif teritori, dan implementasi jangkamasa. Tiada caj tersembunyi.

iv

Signing, Setup & Launch

Selepas sign, kami iring anda step-by-step. Latihan intensif, setup cawangan, soft launch dengan murid trial, kemudian pembukaan cawangan. 90 hari pertama, kami sentiasa bersama anda.

مؤسس
Pengasas Little Deen

Pengalaman 11 Tahun. Satu Misi Besar.

Dengan rahmat Allah SWT, kami telah menyumbang bakti selama 11 tahun dalam bidang tadika dan pendidikan. Kami kini bersedia berkongsi dan membimbing bakal pejuang legasi pengusaha rangkaian Little Deen Education Licensing Programme.

Pn Zakiah Hanum Yahya
Founder
Pn Zakiah Hanum Yahya
Peneraju Visi & Hala Tuju
Little Deen Education Programme
Pn Norzalyana Nazarith
Co-Founder
Pn Norzalyana Nazarith
Peneraju pembangunan dan pergerakan
Little Deen Education Programme
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Sebaik-baik insan adalah yang memberi manfaat kepada orang lain — (HR. Al-Mu'jam Al-Awsat)
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Bila kami pertama kali jumpa team Little Deen, kami rasa mereka berbeza. Mereka tak nak jual, mereka nak bantu. Itu yang buat kami percaya."

Early Partner Testimonial
Pn Zana, Selangor
06 Soalan Lazim

Sebelum anda buat keputusan besar.

Saya tak pernah buka cawangan. Adakah Little Deen sesuai untuk first-timer?
+
Sangat sesuai. Kami latih anda dari kosong — modul, operations, marketing. Banyak partner kami first-time entrepreneur. Apa yang penting bukan pengalaman, tapi komitmen dan modal yang mencukupi.
Adakah saya kena ada premise dulu sebelum sign?
+
Tidak. Kami boleh bantu anda cari premise yang sesuai. Kami ada partner property yang faham requirement tadika. Selepas sign, kami akan iring proses search bersama anda.
Berapa lama dari sign sampai cawangan boleh operate?
+
Dalam 90 hari standard. Bulan pertama untuk latihan intensif. Bulan kedua untuk setup cawangan — interior, branding, signage. Bulan ketiga untuk soft launch dengan murid trial, kemudian pembukaan cawangan.
Boleh ke bayaran ansuran untuk yuran perlesenan?
+
Ya, kami ada plan ansuran. Standard adalah 60% deposit untuk lock-in slot, baki 40% boleh buat secara ansuran mengikut akad yang dipersetujui. Tetapi untuk yang pembayaran tunai penuh, ada bonus eksklusif — kursus pemasaran Google Ads/Meta Ads/Website.
Apa yang berlaku selepas tempoh 5 tahun habis?
+
Kontrak boleh diperbaharui dengan fee renewal yang jauh lebih rendah. Setakat ini, partner-partner kami yang ready untuk renew akan dapat tawaran khas. Anda juga ada opsyen untuk exit secara baik kalau dah tak nak sambung kontrak.
Macam mana dengan eksklusif teritori?
+
Setiap partner dijamin eksklusif dalam radius 3 hingga 7km, bergantung pada kepadatan kawasan. Maknanya kami tidak akan bagi partner lain buka cawangan Little Deen dalam radius tersebut. Ini melindungi pelaburan dan 'target market' anda.
Adakah Individual Education Programme (IEP) memerlukan kelayakan khas?
+
Anda sendiri tidak perlu jadi expert. Kami latih pasukan anda — terapi khusus, perlaksanaan modul, sistem IEP. Yang penting adalah niat membantu dan komitmen untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Pasaran ini 'underserved' di Malaysia, jadi peluang sangat besar.
ابدأ
Mula Perjalanan Anda

Setiap cawangan insyaAllah akan berjaya dengan satu tindakan dan niat yang utuh.

Tempah sesi diagnostik kelayakan percuma dengan team Little Deen. Tidak ada commitment. Cuma 30 minit untuk faham visi anda dan share apa yang kami boleh tawarkan.